Monday, February 29, 2016

Resepi Sup Wantan

Salam dan salam sejahtera semua

Baru baru ni ada customer bertanya, ape bende wantan ni? Macam mana nak masak dia? Saya tersenyum sendiri, kerana saya tidak peka dan tidak sedar bahawa mungkin ada di kalangan kita masih tidak tahu apa itu wantan. Maklumlah negara kita ni kaya dengan pelbagai jenis makanan, saya pun banyak lagi makanan yang tak pernah saya rasa atau dengar.

Wantan ni selalunya di kaitkan dengan masakan orang Cina. Ibu saya berbangsa Cina dan memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan bapa saya. Beliau selalu masakkan wantan mee atau sup wantan untuk kami. Selera tekak keluarga kami ni memang yag sup sup, kukus dan bakar jadi bila dapat sup wantan, ummmppphhhh! Bila terfikir terus kecur air liur.

Wantan ni macam pastry yang kita bubuh filling yang kita gemar, sebagai contoh ramuan yang kami letak di dalam wantan ayam klasik mengandungi 100% ayam yang dicincang halus, lobak merah, daun bawang dan lain lain ramuan rahsia keluarga.




Penyediaan sup wantan ini sangat cepat dan dapat disediakan dalam 30 minit sahaja. Ianya juga kaya dengan pelbagai jenis sayuran, dan di perisakan dengan udang yang menambahkan kemanisan sup. Makanan yang sihat. Resepi sup wantan (3-4 orang):-

1 peket wantan frozen (15 ketul)
Bawang putih dicincang halus
2 pokok sawi dipotong
1 biji lobak putih/Dicon dihiris
Setengah labu air dipotong
Udang (Sebanyak mana yang disukai)
2 liter stok ayam dari rebusan tulang ayam
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan stok ayam dan biar mendidih perlahan, api sederhana
3. Masukkan lobak putih, batang sawi dan labu dan biarkan sehingga masak
4. Masukkan daun sawi, udang dan biarkan seketika dalam 1 minit
5. Akhir sekali masukkan wantan beku (tidak perlu defrost). Kacau perlahan untuk elak wantan pecah. Wantan masak apabila ia terapung di permukaan air.
6. Perasakan dengan garam.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment