Monday, February 29, 2016

Resepi Sup Wantan

Salam dan salam sejahtera semua

Baru baru ni ada customer bertanya, ape bende wantan ni? Macam mana nak masak dia? Saya tersenyum sendiri, kerana saya tidak peka dan tidak sedar bahawa mungkin ada di kalangan kita masih tidak tahu apa itu wantan. Maklumlah negara kita ni kaya dengan pelbagai jenis makanan, saya pun banyak lagi makanan yang tak pernah saya rasa atau dengar.

Wantan ni selalunya di kaitkan dengan masakan orang Cina. Ibu saya berbangsa Cina dan memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan bapa saya. Beliau selalu masakkan wantan mee atau sup wantan untuk kami. Selera tekak keluarga kami ni memang yag sup sup, kukus dan bakar jadi bila dapat sup wantan, ummmppphhhh! Bila terfikir terus kecur air liur.

Wantan ni macam pastry yang kita bubuh filling yang kita gemar, sebagai contoh ramuan yang kami letak di dalam wantan ayam klasik mengandungi 100% ayam yang dicincang halus, lobak merah, daun bawang dan lain lain ramuan rahsia keluarga.